Khamis, 13 September 2012

BAHANA 'PRE-REG'

      Pre-reg dalam bahasa biasa adalah pra-daftar.Saya sebagai pelajar UIA memang sudah biasa melakukan pre-reg,kerana ianya adalah suatu yang wajib.Setiap semester perlu daftar subjek tak kiralah awak kacak atau comel,susun jadual sendiri,berdikari.Dalam konteks fikiran yang matang,pre-reg sebenarnya banyak menimbulkan kesan sampingan kepada kehidupan pelajar sebagai seorang pelajar.Kesempitan cara berfikir membuatkan saya kurang mengerti tujuan sebenar pre-reg ini.

    Bahanakah pre-reg ini?Baru-baru ini saya cuba menemuramah seorang pelajar(nama dirahsiakan) untuk bertanyakan perihal pre-reg ini dan cubaan saya berjaya.Pelajar ini menjadi mangsa kekejaman pre-reg yang menjadi duri dalam daging bagi universiti yang berlandaskan interracial society.Beliau yang ditemui kelihatan begitu tidak tenang.Senyum tiada.

    Oleh kerana dek pre-reg, beliau(nama dirahsiakan) mahu membunuh seseorang.Kenapa?Kerana pre-reg kejam terhadapnya.Saya yang berada hampir dengan mangsa berasa gementar,kerana beliau mengacukan pensel picit ke arah peha kiri saya.Saya tergamam.Riak wajahnya serius.Tidak semena-mena menjadi mangsa kekejaman pre-reg kerana beliau adalah mangsa kekejaman pre-reg.Sama macam sistem piramid.Akhirnya tercetus satu idea lantas saya nasihatkannya membunuh semut.Beliau bersetuju dan saya terselamat.

Sabtu, 17 Mei 2008

Lala..

Dadalidaa....